Welcome to www.phanpich.blogpsot.com

Labels

Labels

Saturday, October 31, 2009

Semalam. Hari ini. Esok





gambar diedit menggunakan curve > image adjustment dalam photoshop cs4 utk menggelapkan sikit gambar yang over exposure. Hargailah matahari anda.

Jemaah kini sudah mulai membanjiri persekitaran masjidilharam.

Gambar yang diambil dari tepi bukit Safa (Kawasan Saie), sebelum tiba-tiba ada beberapa polis lalu ditepi. Fuh! Mencabar betul.

Encik Zainuddin seorang Chef yang dilahirkan di Kuala Berang, Terengganu. Kini memasak di tepi Masjidilharam. Gordon Ramsey pon dengki kalau dia tahu.

3 Orang abam dari Pakistan sedang berehat memerhatikan mas'a (tempat saie) yang kini telah diperbesarkan dan dipertingkatkan kemudahan. Sangat selesa. Macam highway Utara Selatan.
Jika aku dikurniakan lensa wide angle, pasti lebih cantik gambar ini. Tapi apapun, 35mm memang best.

Pakcik2 dari India, Pakistan dan Bangladesh sudah mula memenuhi bumi Makkah.

Pakcik ini sebenarnya adalah anak kepada ayah dia.

Pakcik ini memberikan renungan tajam. Takut2 aku publish gambar dia dalam majalah mingguan wanita.

Fly over yang menghubungkan Malawi dan Jarwal. Dibawahnya terdapat bulatan 'gila'.

Untuk Uncle. Saya sudah tidak perlu bersusah payah ke Jepun. Jepun hanya di tepi rumah saya.

"Yang, janganlah merajuk. Muka U kalau merajuk, macam burung." "#$%&*!"

Mauqif Sayyarah Hujun. Tempat letak kereta bernama Hujun.

Menara Masjid Jin.

Gambar2 diatas diambil ketika aku dalam perjalanan pulang kelmarin. Banyak sangat fenomena dan moment yang cantik untuk aku abadikan di dalam D80 ini. Cuma.. takut. Sejak mula terjebak dengan fotografi ini, aku mulai menghargai cahaya, komposisi, perkara pelik, dan masa. Bagi aku, setiap perkara sangat berharga dan jika boleh, ingin aku abadikan di dalam kamera.

Semalam. Semalam kami (Persatuan Pelajar Makkah) mengadakan Kursus Haji bersiri yang disampaikan oleh kawan aku, si Tuan Bad. Ustaz Man bertanya, kenapa aku tidak kedepan? sedangkan akulah yang sepatutnya memberikan kursus dan ceramah. Jawapan aku ialah, aku tidak dikurniakan bakat untuk berceramah dan bersyarah. Untuk sembang, itu memang tugas aku. Tapi, untuk mengendalikan beberapa siri ceramah berat, aku tak mampu. Mungkin masanya belum lagi tiba. Benar, expectation orang sangat tinggi jika anda seorang pelajar dari Umm alQura. Orang tetap memanggil anda 'ustaz' walaupun anda cuma boleh ingat 3 Qul sahaja. Bagi aku, siri haji adalah satu tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan penerangannya. Tuan Bad adalah orang selayaknya dalam membicarakan dan menyampaikan amanat ini. Tak salah orang lebih muda dari kita ke depan dan memberikan ilmu pengetahuan kerana kita sangat jahil dan 'bodoh'.

Tentang siri semalam, terima kasih di atas sambutan dan sokongan yang diberikan. Walaupun aku tak terlibat dalam pengendalian serta persiapan, tapi aku berbangga dengan komitmen dari anda semua. Gambar2, mungkin diupload di Facebook sahaja. Nanti pulak sambung. Waseem berak!

Wednesday, October 28, 2009

en route to Makkah 2




Sampel buku yang boleh dibeli di Muzium Kesenian Islam. Entah berapa tak tahu diorang jual. Mungkin 20,300 ribu ringgit kot? hahaha.






kata2 penghargaan dari Syed Muhammad AlBukhary. Rasa dihargai betol.

an evening in arafah. my 35mm














Serius, gambar2 kawin yang saya ambil ini, saya langsung tidak mengenali apakah nama pengantin lelaki mahupun perempuan. Apatah lagi ingin ambil tahu mengenai kegemaran dan hobi masing-masing. Cumanya saya menjadi photographer bidang terjun untuk seketika sebelum jurukamera yang diupah datang. Sebab itulah, saya tak hantar langsung gambar ini kepada mereka. Tapi insya allah nanti saya akan cari cara untuk menghantar gambar2 ini kepada mereka. Mereka mesti ingin melihat gambar2 yang saya ambil.

Gambar diambil di Kampung Bendang Raja, Pendang, Kedah Darul Aman ketika raya baru2 ini. Raya keempat kalau tak silap.

Perkahwinan bukanlah satu perkara main-main dan menyeronokkan. Cuma jika kena gayanya, agak menenangkan dan memeriahkan hati.

Perkahwinan menjadikan anda mempelajari segala perkara baru dalam hidup. Nahas jika anda belum puas lagi menjadi muda-mudi. Banyak perkara yang kebanyakan ketika bujang kita sentiasa lakukan, tak boleh dilakukan ketika menjadi suami orang. Apatah lagi menjadi ayah kepada seorang budak kecil.

Hakikat perkahwinan memang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Nanti sambung. Publish dulu.


Gambar2 sekitar Pameran di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur.




cari mana waseem.

Jutaan terima kasih kepada Kak Nurul atas kiriman gambar2 ini. Nanti aku upload lagi gambar dan cerita lain.

Tuesday, October 27, 2009

Kursus Haji

model : Asnawi Ismail
lokasi : Masjid Namirah, Arafah.

Masa semakin suntuk. Hari semakin menipis. Esok belum tentu tiba lagi. Ayuh kuatkan dirimu ke program kursus haji 2009. Apa2 hal pon, teponlah dulu hotline tuh. Takut tempat penuh ker, program bertukar ker, kena bawak makanan ker apa2lah. Insya allah kalo takdak masalah, aku akan berada di sana.

Petugas hotline : alFadil Syeikh Falahuddin alFandani. (ambik hang. Yang jawab tepon tu satgi syeikh tu. Jangan lupa bagi salam dulu)

Haji telah datang!~ Labbaikallahumma labbaik.. Labbaikala syariikalaka labbaik.. Innalhamda.. Wa nni'mata.. Laka wal mulk.. Laa Syariikalak..

Saturday, October 24, 2009

pengalaman saya bermain hujan di tepi Kaabah

Seorang lelaki warga India membalut kepalanya dengan plastik dari Supermarket Bin Dawood. Balutan itu dipercayai dapat menghalang kepalanya dari mendengar leteran isteri.

Seorang lelaki warga Pakistan sujud syukur di dalam hujan menandakan tanda kesyukurannya kepada Allah kerana menganugerahkan hujan tatkala dia datang menunaikan haji. Musim haji kini telah tiba.

Lelaki yang berkepala plastik Bin Dawood tadi meredah hujan untuk memasuki masjidilharam.

Photos by Najwa.

By Lutfi.

Amacam saya punya tajuk? gempak semacam jer. Tapi itulah hakikatnya. Bukan selalu saya berpeluang main hujan. Ditambah lagi di dalam masjidilharam. Ianya disebabkan Makkah disirami hujan hanya sekali setahun.

Nantilah saya ceritakan detik cemas bagaimana saya sujud di dalam air yang hampir menenggelamkan bucu hidung saya dan membasahkan dahi saya ketika menunaikan solat asar berjemaah di Masjidilharam. Cemas dan sangat saspen. Ditambah dengan solat yang diimami oleh Syeikh Maher alMu'aiqily.

Tak kurang juga cerita mengenai seorang lelaki terjatuh akibat licin ketika bangun dari sujud di sisi saya. Nantilah. Saya tersangat letih dan sangat memerlukan rehat yang cukup demi meneutralkan otak saya akibat tak sehat bermain hujan di sekitar masjid dan sekitar Kaabah.

Friday, October 23, 2009

Glow In The Dark

muka penuh satu kamera.

sutuh - merujuk kepada tingkat paling atas dalam sesebuah binaan pangsapuri di Saudi Arabia.

jabal - bukit di dalam bahasa arab. Bukit ini terletak berhampiran dengan mina dan gua hira'.

dush - parabola yang dipasang di kebanyakan rumah di Saudi Arabia. Parabola mempunyai minimum 100++ free channel. Apa lagi mau?

budak-budak jakun bermain riang melompat-lompat di atas karpet yang kebasahan dihujani hujan rahmat dari Allah. - Shishah, Makkah.

2 anak dara yang hampir setanding dengan olsen twin.

Asma dan Husna. Tapi jangan tanya aku mana satu Asma dan mana satu Husna.

Model yang tak payah arahkan nak posing macam mana. Siap ajar aku suruh ambik gambar dari sudut nih, dari sudut tuh. &**^^

Langit diedit pakai HUE dalam KedaiGambar cs4.

Pencawang yang sampai sekarang aku duk pikir depa angkut pakai apa pi naik atas bukit.


Dari Abu Hurairah r.a mengatakan, bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Barang siapa yang mandi hari Jumaat seperti *mandi Janabah, kemudian dia pergi jumaat (sebagai orang pertama datang), sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta ; dan barang siapa yang datang nombor dua, sama halnya seperti orang berkorban seekor lembu ; barang siapa datang nombor tiga, sama halnya seperti orang berkorban seekor biri-biri yang bertanduk ; siapa yang datang nombor empat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam ; dan siapa yang datang nombor lima, sama halnya dengan seorang yang berkorban sebutir telur. Apabila imam telah naik mimbar, maka para malaikat yang hadir ikut pula mendengarkan khutbah. "

____________________________
*mandi janabah : ialah mandi wajib kerana bersetubuh, keluar mani, sesudah haid, nifas dan sebagainya.

Sahih Bukhari : 475 ( Bab Jumaat)

Sapa nak buat korban pada tahun ini, bolehlah tempah dengan kami. :p

Takde kena-mengena dengan pemahaman hadis di atas.



JUMAAT

Bercerita mengenai jumaat, seingat aku hari jumaat adalah hari yang paling best untuk kami ketika time asrama di tingkatan 2 dulu. Time tuh makanan tengahari adalah ayam goreng. Fuh! Balik mesti berebut punya sapa sampai dulu. Biasanya senior2 form4 n form 5 yang akan sampai sudah ada di depan beratur dengan tray dan tersengih-sengih kepada adik2 junior macam kami.

Aku masuk asrama di Sheikh Abdul Malek School (SHAMS). Masuk pun sebab nak sertai program PAC 4141. Sampai sekarang aku tak berapa nampak point yang penting yang menyebabkan kami ketinggalan banyak silibes penting dalam matapelajaran hasil dari kem PAC tuh. Benar, ianya sebuah program kecemerlangan. Ada jugak perkara yang aku pelajari time tuh. Antaranya ialah berkenan dengan seorang budak nama Haziq Hazira sebab muka dia sebijik macam Siti Nurhaliza. Tuh dia. Nama pon boleh ingat lagi. Tapi aku memang sorang yang pemalu. Syok sorang2 jerlah. Hari2 semangat nak pergi kelas kecemerlangan yang ada campur laki dan pompuan sebab nak tengok dia. Bukan nak pergi belajar pon. Belajar pon sikit jer masuk dalam kepala macam cara nak buat peta minda, cara nak buat summary dan sebagainya lagi yang tak berapa penting pada budak yang dah kemaruk tengok pompuan. Form 2. Mana ada fikir pasal nak PMR lagi. Baligh pon rasanya tak lagi. Isk.

Masuk di asrama juga mengajar aku macam mana nak survive. Sebelum ni, masa form 1, memang mak yang selalu belikan aku nasi di kantin sebab mak mengajar sekolah yang sama. Baju sekolah jangan kiralah, memang konpem mak yang basuh dan seterikakan. Bila masuk asrama, segala-galanya berubah. Basuh baju sendiri, basuh kasut sendiri, gosok gigi pun sendiri. Mula belajar beranikan diri pergi tandas tengah-tengah malam. Aku dahlah tinggal dorm 18 yang terletak mula-mula sekali naik tangga. Tandas pulak kat hujung blok. Waduh, kalau setakat nak kencing sikit2, memang konpem tunggu esok jerlah.

Tapi alhamdulillah, aku takdak kena ragging-ragging neh. Sebab mak aku mengajar kat sekolah tu, dia pun tinggal sebilik dengan cikgu disiplin, cikgu Zainal, jadi aku selamat. Ragginglah aku, satgi aku report baru tau.

Berbalik pada cerita hari jumaat, pagi-pagi biasanya aktiviti main bola dulu. Aku pernah jugak score gol sambil lipat yang sampai hari ni aku berbangga sebab tersepak masuk dalam gol padahal posisi aku defender! Kemudian, sesudah selesai bermain bola dengan berkaki ayam, kami akan pulang ke asrama hampir2 pukul 11 pagi untuk bersiap ke masjid. Ada juga yang jenis basuh kolah time tu, memang meriahlah. Siap berenang dalam kolah lagi. Abang2 pulak jenis menghuni tingkat 3 kalo tak silap aku, duduk dekat hujung blok tandas, skodeng ke arah blok ASPURI. Blok pompuanlah. Nampaklah 2,3 orang yang duk jemur baju. Itu pun kebulur ke. Ntahlah. Mana boleh sound, dah nama senior, kita kena hormat jerlah sambil dengar2 cerita diorang. Sementelah kami sebelah-menyebelah dan dipisahkan oleh dewan makan.

Setelah siap mandi, basuh baju yang dah diperam minggu lepas lagi, kami diwajibkan pakai baju melayu dan bersampin. Seingat aku lagi, warna sampin masa time aku tuh warna merah dan baju melayu warna putih. Tak syok langsung macam putera amno jer rasa. Mujur aku tak ingat lagu amno macam mana.

Kami solat di satu masjid yang agak kejauhan.Letih juga berjalan kaki. Kena lintas satu tali air yang layak dipanggil parit jer sebenarnya. Dahlah panas, masjid pulak jenis kayu, atap zink dan lemas. Tidur dalam masjid adalah fenomena biasa. Melangkah masuk ke dalam masjid, mata dah separuh tertutup. Tapi time balik, kita yang paling cergas sekali. Sebab pikir ayam goreng dan lauk sayur yang boleh dikatakan paling mewahlah setakat tinggal di asrama neh.

Acara-acara waktu malam kalau kat 'dorm 18' aku biasanya ada macam-macam. Ada orang berlatih taekwando, ada orang berlatih silat gayung, ada orang berlatih bersyarah, berceramah, bergaduh dan macam-macam lagi perkara. Berdua-duaan antara lelaki dan lelaki pun ada. Isk. Semua itu pengalaman yang mengajar kita erti kedewasaan. Tak kurang jugak yang ambik kos bisnes administration dengan berlatih jual keropok pedas dan wafer. Laku tak ingat dunia!

Masuk ke Maahad Tahfiz, tune dia dah lain. Pergi masjid kena pakai jubah. Kalo berani, testlah pakai baju melayu. Satgi warden panggil masuk bilik dia, memang selamat... Ada yang pergi awal, ada yang pergi lewat. Kalo jenis lewat2 tu, aku dan group2 akulah. Tapi masa tu dah memang senior. Dah tahun 3 dan 4. Quran pun sebahagian dah tamat. Walaupun begitu, perangai lebih kurang dengan budak2.

Nak tahu lewat ke atau awal kita pergi, kalau time keluar pergi solat jumaat tuh, pelajar pompuan dah mula pergi ambik nasi di dewan makan, lewatlah tu jawapannya.

Tapi selaku budak2 jahiliah, pergi lewat sambil usha-usha pompuan macam perkara biasa. Harini baru aku rasa bodoh jer kerja aku dulu-dulu. Kepada pompuan-pompuan yang aku kacau dulu, ejas dan sebagainya, mintak maaf bebanyak. Semoga Allah mengampuni dosa aku.

Oleh sebab masa di maahad tahfiz, khutbah dia tak berapa menarik hati, maka aku selalu pergi jalan jauh. Adalah 2, 3 orang partner in crime yang selalu ikut jalan aku. Konon-konon time sampai, orang dah start solat. Takdelah rugi masa untuk tidor dalam masjid (pikiran masa tu). Time balik, lalu jalan paling short-cut sebab dalam kepala dah pikir lauk hari nih. Kadang-kadang balik tu, orang pompuan tak habis lagi selesai makan di dewan makan (kami makan waktu berlainan dengan orang perempuan). Mulalah mulut sound macam2 pada orang pompuan. Sekali lagi, aku mintak maaf pada banat (panggilan untuk pelajar pompuan) yang terasa hati dengan 'mulut busuk' kami.

Semakin dewasa, semakin aku mengerti apa erti jumaat. Jika dahulu, di rumah, time hari jumaat dah rasa lain macam. Macam tak best jer sebab terfikir kena pergi dengar khutbah jumaat yang amat 'membosankan'. Khutbah jumaat realitinya pada hari ini, takde perubahan pun dengan apa yang aku dengari berpuluh-puluh tahun yang lepas. (macamlah umur dah 56 tahun). Stereotaip. Cuma ada beberapa masjid yang pernah aku pergi, dapat menyentuh hati dengan khutbah mereka. Lebih-lebih lagi apabila kedatangan aku ke Saudi ini. Walau ada beberapa kalimah yang tak dapat difahami, namun, isi penyampaiannya cukup mantap dan berkesan! Mereka menyampaikan perkara yang menyentuh isu semasa, terkini dan relevan. Kita? Hangpa sendiri pun tau.

Dewasa kini, apabila banyak para ilmuan dan para imam yang muttakhir serta mempunyai pengetahuan tentang bagaimana meng'influence' orang dan mengajak orang kepada berminat dengar khutbah, membuat kelainan pada khutbah jumaat mereka, maka khutbah di sesetengah masjid ada perubahan. Ada peningkatan dan manfaat kepada para makmum. Itu yang kita inginkan. Selain institusi pendidikan, minbar jumaat juga memberi kesan kepada umat dalam membentuk rohani dan disiplin diri. Betapa pentingnya sesebuah institusi masjid dan minbarnya kepada umat Islam pada hari ini.

Contoh yang aku masih ingat lagi ketika aku menghadiri khutbah jumaat di masjid KUSZA kini dikenali dengan nama UDM (Universiti Darul Iman), khutbah jumaat disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Mohamad AlBakri. Khutbah pertama memang ikut silibes. Khutbah kedua, beliau menyentuh tentang apa yang berlaku di sekitarnya. Antara perkataan beliau :

"Cuba kita diam seketika. Anda boleh dengar atau tidak bunyi bising yang dihasilkan?"

Kedengaran suara riuh-rendah budak-budak yang berada di dalam masjid sedang syok bermain guli, main polis sentri, main daun terup, main saidina dan sebagainya. Tak kurang yang menangis dan bergocoh (bahasa terengganu 101 yang bermaksud bergaduh) sesama sendiri.

"Itu semua suara anak-anak kita. Bukan suara burung. Anak -anak kita yang kita bawak ke masjid untuk solat jumaat. Tapi disebabkan kurangnya didikan agama, kurangnya penghormatan kepada masjid, maka mereka menganggap masjid sebagai satu medan untuk berjumpa rakan-rakan dan bermain. Tak malukah jika yang hero dalam kebisingan itu adalah anak-anak kita?"

Seketika masjid menjadi senyap dan sunyi.

Lalu beliau menegur beberapa lagi perkara lain seperti datang masjid lengkap pakai baju melayu dan bersongkok, tapi lepak kat luar atas motor, isap rokok ketika imam sedang menyampaikan khutbah. Kami banyak kali juga tersenyum mendengar apa yang disentuhnya. Perkara itu seolah-olah 'segar' dan sampai kepada pendengaran serta hati kami. Itu yang sebenarnya dimahukan oleh makmum. Bukan kepada perkara yang amat jauh dan seolah-olah bacaan buku teks oleh murid sekolah rendah. Pengisian khutbah itu sendiri amat penting dalam menjana generasi celik alQuran.

Dari Abu Hurairah R.A, mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : " Pada hari Jumaat ada satu saat, apabila seorang muslim bertepatan solat pada saat itu dan memohon sesuatu dari Allah, nescaya diqabulkan Allah permohonannya itu. " Nabi memberi isyarat dengan tangannya yang bererti bahawa saat itu amat singkat.

Sahih Bukhari : 501 (Bab Jumaat)

Di hari yang mulia serta diberkati Allah ini dan juga penghulu kepada semua hari, marilah kita bersama2 memperbanyakkan selawat kepada Rasul Junjungan Sallallahu alaihi wasalam. Semoga diampunkan dosa kita dan dosa keluarga kita serta umat muslimin sekalian. Argh. Tiba-tiba sakit perut pula lepas pekena teh dengan uncle tadi. Tak glow in the dark betol.

Thursday, October 22, 2009

new house, new life

barang2 sumbangan hj amin nokia berlambak.

mekanik yang diimport khas dari US. si Rashid

model kontemporari.

waseem buat hal lagi. Sebab jumpa satu kamera kecit. Sedang mengambil aksi model sultan.

youre in candid camera!~

"hang bleh duk diam2 tak budak? focus susah nak dapat neh" - kata waseem.

cerita ceriti nanti sket.

Wednesday, October 21, 2009

Tong bukan Thong.

"In Progress"
Umm alQura University, Abidiyyah, Makkah.

"Ruang Pejalan kaki - besar gedabang"
Umm alQura University, Abidiyyah, Makkah.

"Menara masjid dan dewan kuliah"
Umm alQura University, Abidiyyah, Makkah.

"Papan tanda"
Umm alQura University, Abidiyyah, Makkah.

"Teratak usang putera raja saudi"
Al-Awali, Makkah.

"Lens flare"
Al-Awali, Makkah.

"Road To Muzdalifah"
Muzdalifah ring road, Makkah.

Maafkan saya. Ianya adalah Zhong 'TONG' Bus. Bukan Zhong 'THONG'.

'Pokok'
Surau Universiti Umm alQura,
Aziziyyah, Makkah.

Bila amatur bercerita

Percaya atau tidak, photographer sangat 'alert' atau 'sensitif' dengan cahaya. Ini berdasarkan pengalaman aku selama memegang kamera dSLR yang baru setahun lebih. Cahaya memainkan peranan penting dalam menerbitkan gambar2 berkualiti. Tanpa cahaya, gambar akan suram dan tidak mempunyai satu tarikan. Kecuali mereka yang amat mahir dalam penggambaran dan teknik lighting.

Pengalaman juga mengajar aku, jika anda ingin mengambil sesuatu gambar, jangan bertangguh. Jika bertangguh, peluang untuk mengetemukannya kembali sangat sukar. Kecuali jika kita mempuyai perancangan terhadap sesuatu gambar dan memerlukan beberapa peralatan penting sebelum penggambaran.

Sebelum ambil gambar. Pertama, aku lihat suasana sekeliling, dan aku bayangkan apa yang aku inginkan gambar terhasil. Kemudian, aku setup ISO agar kena dengan keadaan, siang 100-200, indoor 400-600, malam 800. Kemudian setting aperture dan shutter speed mengikut kehendak gambar. Akhir sekali, aku perhatikan White Balance (WB). Selalunya aku pakai Kelvin. semakin tinggi nombor, semakin kuning / merah gambar akan terhasil. Semakin sikit nombor, semakin biru gambar.

Aperture juga memainkan peranan penting dalam menentukan ke'sharp'an gambar dan penghasilan langit biru bak kata sifu nazif. Untuk f8 dan keatas, hasil yang menakjubkan akan ketara di langit. Cumanya, shutter speed perlu dikawal dengan merendahkan angka agar 'balance' dalam kawalan untuk menghasilkan gambar sempurna dan tidak gelap. Untuk menghasilkan 'blur' background, anda memerlukan lens yang mempunyai bukaan cahaya besar seperti f1.4, f1.8, f0.95 dan sebagainya lagi.

Itu jer secara mudah pemahaman kamera aku. Ada banyak lagi yang lain, cuma kadang2 kita tak perlu sangat bergantung kepada teknik dan mengikut 'rules'. Naluri hati pun penting juga untuk mewujudkan 'cerita di sebalik gambar'.

Kullu Sourah Hikaayah. Setiap gambar ada ceritanya.

Mengambil gambar ibarat membancuh nescafe. Jika terlebih letak nescafe, tambahkan susu dan air juga lebih. Jika terlebih letak susu, tambahkan nescafe dan air. Jika tak reti buat, order jer kat kedai. Senang.

Alfatihah buat Pok Su Nuar yang telah kembali ke Rahmatullah 4 am tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat buat beliau dan meletakkan beliau di dalam golongan muqarrabin. Amin.

Renungan

Dari abu Sa'id alKhudri r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda : "Ajarkanlah kepada orang-orang kamu yang hampir meninggal membaca kalimah La ilaha illallah."

Kitab Jenazah (sahih Muslim : 864)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda : "Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipeliharanya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta, sehingga sedekahmu itu tambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar dari itu."

Kitab Zakat (sahih Muslim : 970)

- Ucapan jutaan terima kasih didahulukan kepada mereka yang sudi bersedekah kepada sahabat saya si Diabati. Insya allah duit akan saya sampaikan kepada dia hari sabtu ini. Jazakumullahu khairan Jaza'.

Tuesday, October 20, 2009

Zhong Thong

fajar dari sakhra - sekadar gambar hiasan

Shishah, Makkah - early morning.

33C.

itu suhu yang ditandakan oleh aras pengukur bertempat di pintu masuk Malik Abdul Aziz. Gate no 1.

Berbalik kepada beberapa jam yang lalu..

Aku berlari dengan begitu rakus sekali. Yerlah, terkejut dari tidur tengahari tepat pukul 3.12 pm. Bas akan bertolak ke universiti Abidiah tepat pukul 3.30pm. Aku ada 18 minit lagi utk berlari kejar taxi dan menuju ke universiti di Aziziyah. Aku makin menambahkan kelajuan berlari. Sampai rambut pun lupa nak sikat. Mujurlah ada orang prihatin yang reka fesyen rambut orang kini jenis pacak2 dan macam tak sikat rambut. Jadi takdelah malu sangat bila orang tengok rambut aku. Mesti diorang kata aku ikut fesyen terkini.

Sesampainya di sana, aku lihat mad cenok dan atiq sudah tersengih kerang busuk di dalam bas yang menghala ke universiti. Alhamdulillah, aku sempat naik dan terus duduk di sebelah member afrika bernama Diabati. Dia rakan sekelas aku. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang akan perempuan serta isteri yang tinggal bersama-sama di Misfalah.

Aku belek kembali kita Uddah yang dah banyak kali aku belek semalam sebab hari ni Syeikh Siddiq alFaki akan tanyakan soalan berkenaan hukum, dalil dan illah dari apa yang telah dipelajari. Aku dah makin blur sebab banyak sangat nak kena hafal dan nak kena semak. Belek punya belek, aku terperasan yang member sebelah aku ni macam cool jer tak bawak kitab dan kertas pon takdak. Aku tanya dia secara berhikmah :

" Kenapa ko tak bawak kitab? Dah hafal semua ker matan dan dalil?

"Aku takde kitab." Jawab Diabati perlahan dan merenung jendela tingkap bas jenama Zhong Thong yang diimport dari China. Melebarkan pandangannya menghala ke Bandar Aziziah.

"Ha? takdak kitab? dah 3 minggu kita mengaji hang takdak kitab lagi?" Aku bertanya macam seorang reporter.

"Aku sebenarnya takde duit nak beli kitab. Duit scholarship pon tak masuk lagi. Aku cuma ada simpanan sebanyak SR500. SR400 aku bayar duit sewa rumah, lagi 100 aku belikan barang masakan dan makanan untuk anak perempuan dan isteri aku. Aku cuma ada 20,30 riyal sahaja utk hidup bulan ini." Terang Diabati sambil mengalihkan mukanya menghadap aku.

"Erk." Aku raba poket aku. Kami ada duit yang cukup untuk beberapa bulan ini.

Bas meneruskan perjalanan merentasi Muzdalifah, padang pasir kering kontang dalam perjalanan menuju ke destinasi di Abidiyah yang memakan masa selama 25 minit perjalanan. Bas China. Apa nak bawak laju2.

Sesampainya di Abidiyah, kami bergegas menuju ke Masjid Universiti yang berdekatan dengan dewan kuliah Syariah. Kami solat asar berjemaah. Usai solat, aku lepak bersama2 Mad Cenok dan Abdullah Atiq dari Indonesia di dinding belakang. Mata kami masih tidak lekang menatap kitab Uddah karangan Bahauddin AbdulRahman bin Ibrahim alMuqdasi. Beberapa dalil dan hukum Fiqh yang dirasakan penting, aku tandakan dan cuba hafal dalam masa yang tidak sampai beberapa minit lagi sebelum kelas bermula. Hati dah mula dup-dap dup-dap.

Tiba-tiba tak semena-mena kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah luar masjid. Kami tersentak. . .

Abdullah Atiq seraya berbisik. Hujan! Katanya.

Mad cenok menepis. Takkanlah hujan tengahari rembang macam nih.

Selang beberapa minit kemudian, kedengaran titisan hujan mula menimpa bumi. Subhanallah! Kami menjengukkan kepala ke luar pintu masjid. Subhanallah! Jerit kami lagi. Hujan rahmat telah menimpa bumi Makkah. Alhamdulillah.

Betapa hujan itu satu nikmat yang amat besar bagi penduduk Makkah dan sekitarnya. Hujan yang jarang sekali turun itu, turun pada hari ini dengan lebatnya. Kalo di Malaysia, konpem aku dah tarik waseem ajak main hujan sama. Yerlah, kalo main sorang2 satgi orang kata budak takdak akal. Jadi aku bawak waseem konon-konon waseem yang nak main.

Kami meneruskan pengajian kami dan sejurus kemudian, ketika jarum jam menghampiri 4.40 pm, kami keluar. Hujan menitik dengan lebatnya. Selebat-lebatnya seolah-olah ingin mencuci bumi ini dari segala debu dan kekotoran.

Kami meredah hujan dengan menyinsing jubah dan berlari sekuat hati sambil muka tersenyum sebab boleh main hujan.

Mad cenok aku lihat hampir-hampir nak rebah sebab licin. Kalo jatuh, pasti gelak paling kuat akan kedengaran dari aku lah. Menonton orang tua gelecoh (bahasa terengganu 101 yang bermaksud tergelincir). wakakaka

Kami menyusuri laluan pejalan kaki dari bangunan masjid ke bangunan berhuruf 'Shin' yang menandakan bangunan menempatkan dewan bagi pelajar kuliah Syariah. Ruang pejalan kaki di sini dicipta oleh kontraktor yang langsung tidak memikirkan hujan akan menimpa tanah Arafah ini. Jenis pikir Makkah akan selama-lamanya panas dan kering lalu mencipta bumbung berlubang-lubang. Jadi kami pun tetap ditimpa hujan bertalu-talu.

Lagi 15 meter untuk sampai ke pintu bangunan 'Shin', kami melalui sekeping zink yang ditinggalkan berdekatan dengan laluan pejalan kaki itu. Ditinggalkan kesan pembinaan yang rancak berjalan untuk melengkapkan kampus Abidiyah, Arafah itu untuk menjadikannya sebagai kampus utama di Universiti Umm alQura ini.

Aku terdengar bunyi 'tuk-tuk-tuk-tuk' dengan begitu kuat sekali. Seolah-olah ada orang melemparkan batu ke arah zink itu. Takkanlah arab seronok sangat sampai main baling-baling batu kat besi zink tuh. Tak semena-mena sebiji benda keras telah menerjah telinga aku. Aku tunduk dan mendapati ianya adalah ketulan ais! Wahhh! Jerit aku jakun!

Abdullah Atiq kembali berpusing sebab aku panggil dia suruh dia lihat ketulan ais itu. Rupa-rupanya kami dihujani dengan ketulan ais. Subhanallah! Jerit aku di dalam hati. Ini kali pertama aku tonton 'live' ketulan ais yang kecik sikit dari lubang hidung waseem. Bayangkanlah betapa sakitnya aku bila kena ketulan tu pada telinga.

Mad cenok berlalu dengan selamba dan bercakap sorang-sorang nada hero yang dia dah banyak kali tengok peristiwa tu. Jadi tak heran sangatlah. Ceh.

Aku terus menerus berdoa supaya Allah merahmati kami dan memberkati ilmu yang kami dapati dan semoga Allah mengetemukan kami dengan akidah yang shahih dan selamat. Tak lupa juga aku doakan supaya Syeikh tak jadi tanya soalan hari ini. :p

Doa itu maqbul. Syeikh hanya tanya 1o orang yang terawal sahaja. Hahaha. Minggu depan sambung lagi.

Pulang dari universiti, aku masih lagi terngiang-ngiang perihal Diabati dan aku sampaikan pada najwa. Dia menyarankan supaya aku memberi sedikit dari kewangan kami kepada Diabati agar dapat digunakan untuk keluarganya dan diri dia sendiri. Insya allah. Jawabku lemah.

Najwa kata, dia teringat Abg Rahman (Perth) berpesan : "rezeki apa yang kita dapati hari ini, biarlah kita bahagikan sama kepada orang lain kerana orang lain juga berhak merasakan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Semoga dengan perkongsian itu, kita akan lebih diberkati dan ditambahkan rezeki. Lebih-lebih lagi, dengan pengagihan yang sedikit kita rasakan sebenarnya adalah satu nikmat yang sangat besar bagi mereka yang berhajat."

Subhanallah. Bisikku lagi. Dah jadi macam orang baik hari ni. Asyik sebut Subhanallah sahaja tentang apa pengalaman dan pengajaran yang didapati.

Ketika di Abidiyah, sempat meng'update' status facebook mengatakan kami ditimpa hujan bertalu-talu di sini. Antara komen yang didapati adalah dari Abg Arshad mengatakan bahawa di masjidilharam pagi tadi ada dibuat solat minta hujan (istisqa') dan dari nurul hafiz berbunyi Makkah tetap panas dan hujan selalunya hanya turun dan berhenti di sempadan antara tanah halal dan tanah haram. Memikirkan akan dosa penduduk tanah haram yang menghalang hujan dari dituruni di dalamnya. Wallahualam. Aku tak tahu apa hikmah dan pengajaran.

Semuanya mempunyai kesinambungan dan akan berterusan sehingga ke Hari Perhitungan.

Kami meneruskan perjalanan menuju ke bongkah hitam yang dikenali dengan nama Kaabah itu. Waseem alhamdulillah sudah boleh kenal mana satu Kaabah dan mana satu burung merpati. Tawaf sunat dan mencium Hajaratul Aswad yang hanya ada 20 orang sahaja beratur dengan baik-baik tanpa rebut-rebut.

Takziah diucapkan pada saudara Awie Zawawie dari Dubai yang telah kehilangan ayahanda tercinta beberapa jam yang lalu. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan mereka yang muqarrabin. Amin. Alfatihah.

Dari Ummu Salamah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda : "Apabila kamu menghadiri orang sakit atau orang meninggal, maka ucapkanlah ucapan (doa) yang baik, kerana malaikat mengaminkan ucapan kamu itu." Selanjutnya Ummu Salamah bercerita, " ketika Abu Salamah meninggal, aku datang kepada Rasulullah S.A.W mengkhabarkannya. Kataku : " Ya Rasulullah! Abu Salamah telah meninggal. " Jawab Rasulullah S.A.W " Doakan : *Allahummaghfirli walahu wa a'aqibni minhu 'uqba hasanatan " Apa yang diajarkan Rasulullah itu kulakukan sebaik-baiknya. Tidak beberapa lama kemudian, Allah menukarnya dengan orang yang paling baik bagiku, iaitu Muhammad S.A.W sendiri."


* Ya Allah! Ampunilah aku dan ampunilah dia. Dan tukarkanlah kematiannya itu bagiku dengan tukaran yang lebih baik.
Read more!

0 comments:

Tell us what you're thinking... and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

Post a Comment

Sponsor

 

History of the world, Hot news, Khmer News, Khmer history, Video, Music, Free Download. Copyright 2008 All Rights Reserved theme