
muka penuh satu kamera.
sutuh - merujuk kepada tingkat paling atas dalam sesebuah binaan pangsapuri di Saudi Arabia.
jabal - bukit di dalam bahasa arab. Bukit ini terletak berhampiran dengan mina dan gua hira'.
dush - parabola yang dipasang di kebanyakan rumah di Saudi Arabia. Parabola mempunyai minimum 100++ free channel. Apa lagi mau?

budak-budak jakun bermain riang melompat-lompat di atas karpet yang kebasahan dihujani hujan rahmat dari Allah. - Shishah, Makkah.

2 anak dara yang hampir setanding dengan olsen twin.

Asma dan Husna. Tapi jangan tanya aku mana satu Asma dan mana satu Husna.

Model yang tak payah arahkan nak posing macam mana. Siap ajar aku suruh ambik gambar dari sudut nih, dari sudut tuh. &**^^

Langit diedit pakai HUE dalam KedaiGambar cs4.

Pencawang yang sampai sekarang aku duk pikir depa angkut pakai apa pi naik atas bukit.
Dari Abu Hurairah r.a mengatakan, bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
"Barang siapa yang mandi hari Jumaat seperti *mandi Janabah, kemudian dia pergi jumaat (sebagai orang pertama datang), sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta ; dan barang siapa yang datang nombor dua, sama halnya seperti orang berkorban seekor lembu ; barang siapa datang nombor tiga, sama halnya seperti orang berkorban seekor biri-biri yang bertanduk ; siapa yang datang nombor empat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam ; dan siapa yang datang nombor lima, sama halnya dengan seorang yang berkorban sebutir telur. Apabila imam telah naik mimbar, maka para malaikat yang hadir ikut pula mendengarkan khutbah. "
____________________________
*mandi janabah : ialah mandi wajib kerana bersetubuh, keluar mani, sesudah haid, nifas dan sebagainya.
Sahih Bukhari : 475 ( Bab Jumaat)
Sapa nak buat korban pada tahun ini, bolehlah tempah dengan kami. :p
Takde kena-mengena dengan pemahaman hadis di atas.
JUMAAT
Bercerita mengenai jumaat, seingat aku hari jumaat adalah hari yang paling best untuk kami ketika time asrama di tingkatan 2 dulu. Time tuh makanan tengahari adalah ayam goreng. Fuh! Balik mesti berebut punya sapa sampai dulu. Biasanya senior2 form4 n form 5 yang akan sampai sudah ada di depan beratur dengan tray dan tersengih-sengih kepada adik2 junior macam kami.
Aku masuk asrama di Sheikh Abdul Malek School (SHAMS). Masuk pun sebab nak sertai program PAC 4141. Sampai sekarang aku tak berapa nampak point yang penting yang menyebabkan kami ketinggalan banyak silibes penting dalam matapelajaran hasil dari kem PAC tuh. Benar, ianya sebuah program kecemerlangan. Ada jugak perkara yang aku pelajari time tuh. Antaranya ialah berkenan dengan seorang budak nama Haziq Hazira sebab muka dia sebijik macam Siti Nurhaliza. Tuh dia. Nama pon boleh ingat lagi. Tapi aku memang sorang yang pemalu. Syok sorang2 jerlah. Hari2 semangat nak pergi kelas kecemerlangan yang ada campur laki dan pompuan sebab nak tengok dia. Bukan nak pergi belajar pon. Belajar pon sikit jer masuk dalam kepala macam cara nak buat peta minda, cara nak buat summary dan sebagainya lagi yang tak berapa penting pada budak yang dah kemaruk tengok pompuan. Form 2. Mana ada fikir pasal nak PMR lagi. Baligh pon rasanya tak lagi. Isk.
Masuk di asrama juga mengajar aku macam mana nak survive. Sebelum ni, masa form 1, memang mak yang selalu belikan aku nasi di kantin sebab mak mengajar sekolah yang sama. Baju sekolah jangan kiralah, memang konpem mak yang basuh dan seterikakan. Bila masuk asrama, segala-galanya berubah. Basuh baju sendiri, basuh kasut sendiri, gosok gigi pun sendiri. Mula belajar beranikan diri pergi tandas tengah-tengah malam. Aku dahlah tinggal dorm 18 yang terletak mula-mula sekali naik tangga. Tandas pulak kat hujung blok. Waduh, kalau setakat nak kencing sikit2, memang konpem tunggu esok jerlah.
Tapi alhamdulillah, aku takdak kena ragging-ragging neh. Sebab mak aku mengajar kat sekolah tu, dia pun tinggal sebilik dengan cikgu disiplin, cikgu Zainal, jadi aku selamat. Ragginglah aku, satgi aku report baru tau.
Berbalik pada cerita hari jumaat, pagi-pagi biasanya aktiviti main bola dulu. Aku pernah jugak score gol sambil lipat yang sampai hari ni aku berbangga sebab tersepak masuk dalam gol padahal posisi aku defender! Kemudian, sesudah selesai bermain bola dengan berkaki ayam, kami akan pulang ke asrama hampir2 pukul 11 pagi untuk bersiap ke masjid. Ada juga yang jenis basuh kolah time tu, memang meriahlah. Siap berenang dalam kolah lagi. Abang2 pulak jenis menghuni tingkat 3 kalo tak silap aku, duduk dekat hujung blok tandas, skodeng ke arah blok ASPURI. Blok pompuanlah. Nampaklah 2,3 orang yang duk jemur baju. Itu pun kebulur ke. Ntahlah. Mana boleh sound, dah nama senior, kita kena hormat jerlah sambil dengar2 cerita diorang. Sementelah kami sebelah-menyebelah dan dipisahkan oleh dewan makan.
Setelah siap mandi, basuh baju yang dah diperam minggu lepas lagi, kami diwajibkan pakai baju melayu dan bersampin. Seingat aku lagi, warna sampin masa time aku tuh warna merah dan baju melayu warna putih. Tak syok langsung macam putera amno jer rasa. Mujur aku tak ingat lagu amno macam mana.
Kami solat di satu masjid yang agak kejauhan.Letih juga berjalan kaki. Kena lintas satu tali air yang layak dipanggil parit jer sebenarnya. Dahlah panas, masjid pulak jenis kayu, atap zink dan lemas. Tidur dalam masjid adalah fenomena biasa. Melangkah masuk ke dalam masjid, mata dah separuh tertutup. Tapi time balik, kita yang paling cergas sekali. Sebab pikir ayam goreng dan lauk sayur yang boleh dikatakan paling mewahlah setakat tinggal di asrama neh.
Acara-acara waktu malam kalau kat 'dorm 18' aku biasanya ada macam-macam. Ada orang berlatih taekwando, ada orang berlatih silat gayung, ada orang berlatih bersyarah, berceramah, bergaduh dan macam-macam lagi perkara. Berdua-duaan antara lelaki dan lelaki pun ada. Isk. Semua itu pengalaman yang mengajar kita erti kedewasaan. Tak kurang jugak yang ambik kos bisnes administration dengan berlatih jual keropok pedas dan wafer. Laku tak ingat dunia!
Masuk ke Maahad Tahfiz, tune dia dah lain. Pergi masjid kena pakai jubah. Kalo berani, testlah pakai baju melayu. Satgi warden panggil masuk bilik dia, memang selamat... Ada yang pergi awal, ada yang pergi lewat. Kalo jenis lewat2 tu, aku dan group2 akulah. Tapi masa tu dah memang senior. Dah tahun 3 dan 4. Quran pun sebahagian dah tamat. Walaupun begitu, perangai lebih kurang dengan budak2.
Nak tahu lewat ke atau awal kita pergi, kalau time keluar pergi solat jumaat tuh, pelajar pompuan dah mula pergi ambik nasi di dewan makan, lewatlah tu jawapannya.
Tapi selaku budak2 jahiliah, pergi lewat sambil usha-usha pompuan macam perkara biasa. Harini baru aku rasa bodoh jer kerja aku dulu-dulu. Kepada pompuan-pompuan yang aku kacau dulu, ejas dan sebagainya, mintak maaf bebanyak. Semoga Allah mengampuni dosa aku.
Oleh sebab masa di maahad tahfiz, khutbah dia tak berapa menarik hati, maka aku selalu pergi jalan jauh. Adalah 2, 3 orang partner in crime yang selalu ikut jalan aku. Konon-konon time sampai, orang dah start solat. Takdelah rugi masa untuk tidor dalam masjid (pikiran masa tu). Time balik, lalu jalan paling short-cut sebab dalam kepala dah pikir lauk hari nih. Kadang-kadang balik tu, orang pompuan tak habis lagi selesai makan di dewan makan (kami makan waktu berlainan dengan orang perempuan). Mulalah mulut sound macam2 pada orang pompuan. Sekali lagi, aku mintak maaf pada
banat (panggilan untuk pelajar pompuan) yang terasa hati dengan 'mulut busuk' kami.
Semakin dewasa, semakin aku mengerti apa erti jumaat. Jika dahulu, di rumah, time hari jumaat dah rasa lain macam. Macam tak best jer sebab terfikir kena pergi dengar khutbah jumaat yang amat 'membosankan'. Khutbah jumaat realitinya pada hari ini, takde perubahan pun dengan apa yang aku dengari berpuluh-puluh tahun yang lepas. (macamlah umur dah 56 tahun). Stereotaip. Cuma ada beberapa masjid yang pernah aku pergi, dapat menyentuh hati dengan khutbah mereka. Lebih-lebih lagi apabila kedatangan aku ke Saudi ini. Walau ada beberapa kalimah yang tak dapat difahami, namun, isi penyampaiannya cukup mantap dan berkesan! Mereka menyampaikan perkara yang menyentuh isu semasa, terkini dan relevan. Kita? Hangpa sendiri pun tau.
Dewasa kini, apabila banyak para ilmuan dan para imam yang muttakhir serta mempunyai pengetahuan tentang bagaimana meng'influence' orang dan mengajak orang kepada berminat dengar khutbah, membuat kelainan pada khutbah jumaat mereka, maka khutbah di sesetengah masjid ada perubahan. Ada peningkatan dan manfaat kepada para makmum. Itu yang kita inginkan. Selain institusi pendidikan, minbar jumaat juga memberi kesan kepada umat dalam membentuk rohani dan disiplin diri. Betapa pentingnya sesebuah institusi masjid dan minbarnya kepada umat Islam pada hari ini.
Contoh yang aku masih ingat lagi ketika aku menghadiri khutbah jumaat di masjid KUSZA kini dikenali dengan nama UDM (Universiti Darul Iman), khutbah jumaat disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Mohamad AlBakri. Khutbah pertama memang ikut silibes. Khutbah kedua, beliau menyentuh tentang apa yang berlaku di sekitarnya. Antara perkataan beliau :
"Cuba kita diam seketika. Anda boleh dengar atau tidak bunyi bising yang dihasilkan?"
Kedengaran suara riuh-rendah budak-budak yang berada di dalam masjid sedang syok bermain guli, main polis sentri, main daun terup, main saidina dan sebagainya. Tak kurang yang menangis dan
bergocoh (bahasa terengganu 101 yang bermaksud bergaduh) sesama sendiri.
"Itu semua suara anak-anak kita. Bukan suara burung. Anak -anak kita yang kita bawak ke masjid untuk solat jumaat. Tapi disebabkan kurangnya didikan agama, kurangnya penghormatan kepada masjid, maka mereka menganggap masjid sebagai satu medan untuk berjumpa rakan-rakan dan bermain. Tak malukah jika yang hero dalam kebisingan itu adalah anak-anak kita?"
Seketika masjid menjadi senyap dan sunyi.
Lalu beliau menegur beberapa lagi perkara lain seperti datang masjid lengkap pakai baju melayu dan bersongkok, tapi lepak kat luar atas motor, isap rokok ketika imam sedang menyampaikan khutbah. Kami banyak kali juga tersenyum mendengar apa yang disentuhnya. Perkara itu seolah-olah 'segar' dan sampai kepada pendengaran serta hati kami. Itu yang sebenarnya dimahukan oleh makmum. Bukan kepada perkara yang amat jauh dan seolah-olah bacaan buku teks oleh murid sekolah rendah. Pengisian khutbah itu sendiri amat penting dalam menjana generasi celik alQuran.
Dari Abu Hurairah R.A, mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : " Pada hari Jumaat ada satu saat, apabila seorang muslim bertepatan solat pada saat itu dan memohon sesuatu dari Allah, nescaya diqabulkan Allah permohonannya itu. " Nabi memberi isyarat dengan tangannya yang bererti bahawa saat itu amat singkat.
Sahih Bukhari : 501 (Bab Jumaat)
Di hari yang mulia serta diberkati Allah ini dan juga penghulu kepada semua hari, marilah kita bersama2 memperbanyakkan selawat kepada Rasul Junjungan Sallallahu alaihi wasalam. Semoga diampunkan dosa kita dan dosa keluarga kita serta umat muslimin sekalian. Argh. Tiba-tiba sakit perut pula lepas pekena teh dengan
uncle tadi. Tak glow in the dark betol.